Langkau ke kandungan
Help and manuals  >  Peranti  >  BlackBerry Q10  >  Aplikasi dan ciri
Versi: 10.3.1

Tukar tetapan keselamatan Pelayar

Dalam Pelayar, ketik Ikon Lagi > Ikon Tetapan > Privasi dan Keselamatan.

Tetapan keselamatan

Alih Keluar Item Sejarah
Nyatakan kekerapan peranti BlackBerry anda memadamkan maklumat sema imbas secara automatik daripada sejarah Pelayar BlackBerry anda.
Penyemakan Lalu Tertutup
Simpan maklumat penyemakan lalu anda (sejarah, fail cache, kuki dan sebagainya) hanya semasa sesi penyemakan lalu dibuka. Apabila anda menutup Pelayar, maklumat itu dipadamkan secara automatik.
Sekat Tetingkap Timbul
Memilih sama ada membenarkan tetingkap pop muncul atau tidak dalam sesi semak imbas anda.
Terima Kuki
Biarkan laman web menggunakan kuki untuk menghantar dan menerima maklumat antara laman web dan Pelayar. Kuki dapat membantu kerana laman web boleh menggunakannya untuk mengingati maklumat tentang keutamaan dan maklumat pengguna anda tetapi kuki boleh menimbulkan risiko keselamatan juga.
Kosongkan Kuki dan Data Lain
Kosongkan semua maklumat Pelayar yang disimpan.
Kosongkan Sejarah
Kosongkan sejarah Pelayar anda.