Langkau ke kandungan
Help and manuals  >  Peranti  >  BlackBerry Q10  >  Aplikasi dan ciri
Versi: 10.3.1

Penerangan tentang aplikasi Tag Pintar

Aplikasi Tag Pintar mengambil cebisan maklumat dan menukar maklumat itu menjadi tag pintar. Maklumat boleh termasuk teks, tapak web dan URI lain, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat sambungan. Anda boleh menyalin tag pintar pada tag NFC, memaparkannya sebagai QR Code atau anda boleh memberikan terus tag pintar itu kepada peranti BlackBerry lain. Aplikasi Tag Pintar membenarkan anda menyimpan tag pintar yang anda terima dan menggunakannya atau memberikannya kepada peranti lain kemudian.

Daripada menyerahkan kad nama, cuba buat tag pintar anda sendiri yang mengandungi maklumat hubungan anda supaya penerima dapat menelefon, menghantar sms atau e-mel kepada anda dengan hanya satu klik. Menganjurkan acara tidak lama lagi? Cuba buat tag pintar yang mengandungi maklumat acara, kemudian salin tag pintar tersebut pada tag NFC boleh tulis yang disertakan dengan cenderamata kecil untuk tetamu anda.

Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan pentadbir anda dan model peranti BlackBerry anda.