Langkau ke kandungan
Help and manuals  >  Peranti  >  BlackBerry Q10  >  Aplikasi dan ciri
Versi: 10.3.1

Perihal BlackBerry Assistant

Anda boleh menggunakan BlackBerry Assistant untuk melakukan pelbagai tugasan peribadi dan kerja, dan berinteraksi dengan peranti anda menggunakan bahasa biasa.

Aplikasi BlackBerry Assistant boleh menjadikan berbilang tugas lebih mudah. Selain menavigasi ke aplikasi tertentu, anda boleh sahaja membuka BlackBerry Assistant dan menyebutkan permintaan anda. BlackBerry Assistant memberi respons untuk membantu anda melengkapkan tugas atau berinteraksi dengan cepat.

Jika anda berada dalam mesyuarat dan memerlukan keadaan yang senyap, anda juga boleh menaipkan permintaan anda dalam BlackBerry Assistant menggunakan bahasa biasa. Apabila anda menaip permintaan anda, BlackBerry Assistant kekal senyap dan bertindak balas hanya dengan teks pada skrin.

Apabila anda sebutkan permintaan anda melalui peranti yang didayakan Bluetooth seperti set kepala, BlackBerry Assistant memberi respons dengan maklumat dan arahan yang lebih terperinci bagi membantu anda melengkapkan tugas tanpa melihat skrin.